Latar belakang Chenderong_Balai

Pada tahun 1940-an, perancangan pertama kawasan ini ialah pembukaan tanah bendang atau sawah padi secara besar-besaran yang dikenali dengan nama Bendang D.O . DO bermaksud pegawai daerah keturunan British yang mentadbir di Teluk Intan ketika itu. Masyarakat petani dari tepi Sungai Perak dan utara Semenanjung Malaysia iaitu (Pulau Pinang, Perlis dan Kedah) dibenarkan datang untuk membuka kawasan persawahan seluas 2 hektar setiap keluarga. Mereka diberi bantuan percuma pengangkutan dan peralatan untuk membina tempat tinggal sementara. Selepas merdeka, kawasan ini dimajukan dengan sistem perparitan dan termasuk dalam kawasan pengairan Trans Kerian - Sungai Manik.